Powered By Blogger

Friday, 27 December 2013

TERLALU BANYAK CERITA

ASSALAMUALAIKUM..

terlalu banyak cerita nak dicerita sampai tak tercerita.. 

PERTAMA:-
lepas ber-minggu-minggu merempat kat rumah tebalkan lemak tepu dalam badan, akhirmya yani dapat tawaran sambung pelajaran ke UITM. under foundation law. di merbok. ALHAMDULILLAH. pengalaman selama di sana? ALHAMDULILLAH boleh adapt sepenuhnya dengan cepat. ALHAMDULILLAH dapat kawan yang baik. ALHAMDULILLAH Allah kabulkan doa yani. memang yani minta dan doa hari-hari nak course ni. sebab antara salah satu impian yani ialah, yani nak jadi lawyer yang pakar dalam bidang syariah khususnya dan juga professional dalam civil law. kenapa? sebab yani nak bela nasib WANITA. kenapa? sebab yani wanita. ada satu masa tu, berleluasa kes rogol dan bunuh, ada satu masa, banyak kes isteri kena dera. ada yang dah 30tahun kawen tiba-tiba bercerai. macam mana pulak dengan kes wanita yang jadi keldai dadah? yang diculik dan dijadikan hamba? itu baru wanita, belum sebut lagi pasal kanak-kanak. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. dunia~~

dan ALHAMDULILLAH, Allah bagi yani sahabat yang mana yani boleh selalu tarbiah. bukan nak tunjuk pandai, bukan nak tunjuk alim, yani sendiri pun masih terkontang kanting mencari laluan yang betul-betul lurus. tapi, tarbiah, apa yang yani dapat definisikan 'tarbiah' dari kefahaman yani ialah, mengingat dan diingat. kite tegur orang, pada masa yang sama kita menegur diri sendiri. kita nasihat orang lain, pada masa yang sama, kita nasihat diri sendiri. banyak lagi pengalaman yang seronok, yang boleh dikongsikan, InsyaAllah nanti diceritakan.


KEDUA:-
Alhamdulillah sekali lagi syukur, yani ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan under SPA. apa itu SPA? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. tersepit antara minat dan keluarga. jawapannya; solat sunat istikharah. jujur yani cakap bahawa itulah kali pertama yani buat solat sunat istikharah. keputusannya, yani pilih nursing. InsyaAllah, keputusan intikharah adalah yang terbaik. ramai kawan-kawan UITM yang tanya kenapa pilih SPA sedangkan minat yani adalah law? dan jawapan yani sama. InsyaAllah, keputusan istikharah itu adalah yang terbaik. sebab Allah adalah sebaik-baik perancang.

tapi masih ada yang merunsingkan yani. seperti yang sedia maklum, nurse; uniformnya kemas. tudung dimasukkan ke dalam baju. sedangkan Allah kata;

"labuhkan tudungmu sehingga melepasi dadamu'

yani ada bertanya kepada beberapa orang yang lebih mengtahui. tapi jawapan belum diterima. mungkin nanti.


setakat ini dahulu untuk entry kali ini. :)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.