Powered By Blogger

Tuesday, 25 June 2013

ENTRY LEWAT MALAM..

assalamualaikum.. this late night entry sebenarnya ditulis ketika yani tengah baca blog resolusi addin. blog ni bagi yani sangat-sangat memberi manfaat. especially bagi sahabat-sahabat yang nak mendalami ISLAM. the blog just sempoi dan topik yang diutarakan untuk setiap entry adalah sangat mudah untuk difahami. jadi, yani sebagai seorang hamba ALLAH sangat-sangat bersyukur kerana hamba ALLAH ini sangat-sangat membantu yani. lebih-lebih lagi yani pon dalam proses berhijrah.. masih belajar tentang ilmu ALLAH ni. masih jahil dalam ilmu agama. jadi kalau yani tak sempat nak tanya atau refer kepada orang yang sepatutnya, yani selalu refer pada blog atau ruang forum. lagi satu ada quotes yang katakan

"IF YOU CAN'T SAY IT BY TOUNGE, WORDS ARE THE BEST CHOICE"

pada pendapat yani juga, kadang-kadang by words orang lebih senang menerima. by words orang akan lebih terasa. by words orang akan lebih tersentuh. by words orang akan lebih mendalami. lagipun words kadang-kadang boleh mengelakkan kita daripada menyinggung perasaan seseorang.. especially untuk menegur. yani tahu dan paham.. memang sangat-sangat susah untuk tegur seseorang. SANGAT!! jadi another medium yang kita boleh gunakan ialah by letters and words. actually banyak yang yani nak share. tapi since dah lewat and yani tak tahu nak start dari mana.. so yani sambung lain kali ye.. 

JAGA HATI, JAGA IMAN, JAGA DIRI.. :)
ASSALAMUALAIKUM.. 





Wednesday, 12 June 2013

S.A.H.A.B.A.T

hai assalamualaikum.. hurm.. tajuk tu macam common je kan.. memang common.. tapi definisi sahabat ni berbeza bagi setiap orang. ada yang kata sahabat hanya timbul tika bahagia dan tenggelam tatkala derita. ada yang kata sahabat ibarat diari yang mencoretkan setiap perkara yang kita lakukan. ada jugak yang kata, sahabat adalah catitan berbisa yang boleh meracun diri.. bagi yani, dunia ni ada bermacam jenis orang. pelbagai jenis ragam. maknanya semua orang tak mungkin perangai dia sama kan? so kenapa kita nak salahkan sahabat kita tu atas segala kesedihan, perpisahan, perselisihan dan sebagainya? kenapa kita tak salahkan diri kita je yang gagal untuk adapt dengan seseorang. bukan yani nak tunding jari kat sape-sape ke apa ni just apa yang yani pkir la...

pada pendapat yani, sahabat ni ibarat madu, racun dan penawar. ibarat cermin. ibarat bayang-bayang.. bagi yani, setiap sahabat yani penting. setiap sahabat yani berharga. setiap sahabat yani disayangi. tapi, lumrah alam, lumrah manusia dan lumrah bumi dan dunia.. setiap manusia tidak lekang dari silap, sentiasa tidak sempurna. yani juga ada salahnya. seringkali mengguris perasaan sahabat-sahabat sekalian. seringkali tertinggi suara. seringkali bergurau kasar. tapi sekurang-kurangnya yani tidak hipokrit dengan sahabat-sahabat yani. yani tak nak jadi orang lain sebab yani nak sahabat-sahabat yani kenal yani. sebab tu, yani pon nak sahabat-sahabat yani jangan hipokrit dengan yani. jadi diri sendiri. InsyaAllah yani akan terima kamu dengan seadanya. 

hurm, cakap pasal sahabat.. ada story sebenarnya.. selama 19tahun hidup yani ada sahabat baru, sahabat lama, sahabat selamanya, dan hilang sahabat. semuanya seronok, kecuali hilang sahabat. kadang-kadang kita tak tahu pun apa sebenarnya salah kita then dorang tiba-tiba je avoid yani. apa ke pekdah nya buat macam tu? first-first memang yani buat tak kisah.. tapi lama-lama terasa jugak kan. so yani pon avoid dorang jugak so adil dan saksama la kan. owh, ni berlaku masa yani dalam program matrikulasi. masa tu yani baru je tukar kelas. yang cite dari PST ke PDT tu.. haa, masa tu lah. apa yang buat yani terkilan ialah dorang adalah sahabat yani yang kamceng dalam kelas F4P4. tu yang terkilan sangat-sangat.. mungkin dorang rasa yani ni tak layak kot kawan dengan dorang. yelah, mana la nak setaraf kita dengan dia. kalau macam samar je kejelasan dia mengelak dari yani tu boleh terima lagi, ni tak terang-terang terserempak dengan yani terus belok ke lain. kecik limpa yani. ada jugak sahabat yang tanya contact lagi tak kawan F4P4? terpaksa la jawab, yes. eventhough hakikatnya tak. tapi yani tak kesah sebab yani tau Allah akan bagi yani sahabat yang lagi baik. dan ya, Allah tak pernah mungkiri janji.

"ALLAH TIDAK AKAN MENGAMBIL SESUATU DARI KAMU MELAINKAN DIA MENGGANTIKAN DENGAN SESUATU YANG LEBIH BAIK"

itu janji Allah. jadi takde sebab yani nak ragui Yang Maha Esa. ada jugak sahabat yang hanya nampak salah kita tapi tak nampak salah sendiri. sahabat macam ni selalunya yani memang buat bodoh je. story nya, kitorang kenal sejak form two, tapi rapat bila form four sampai la bawak ke matrikulasi dan sekarang. masalahnya, dia ni nak kita sentiasa bagi attention kat dia eventhough dia tak ingat dan tak kesahkan kita pon. bila tak contact dia or buat pape tak bagitahu and tak ajak dia, dia pon mula la terasa. lepas tu main sindir-sindir. tapi dia tak pikir pulak perasaan kita ni bila dia buat tak tahu je bila terserempak dengan kita. outing tak ajak kita. dan lain-lain. kalau ikut hati nak je hentam habis-habis. tapi pikirkan persahabatan yang dah lama, tahan jelah.

ada jugak saudara yang dah dianggap macam sahabat, macam adik beradik yang jugak lebih kurang lah. kitorang memang rapat sangat. kadang-kadang kitorang kongsi rahsia dan masalah. dia baik, dah macam kakak yani dah. tapi satu je.. kadang-kadang kita ada rahsia yang nak dicerita tapi kita tak nak la it is spread widely. just nak story untuk ringankan hati and kongsi gembira kan? yelah, kadang-kadang yang kita buat ni bukan nye betul pon. tapi dia ni tak pernah nak simpan rahsia. sedangkan apa yang diceritakan kat yani, yani simpan elok-elok. bukan nak cakap yani ni baik ke apa.. yani ni pon bnyak sangat cacat nye, tapi at least hargai apa yang yani buat ni. tak payah la nak spread sangat. yani tak tahu apa motif dia, samada dia nak yani kena marah or nak yani malu or nak menampakkan yani ni bodoh.. dia je yang tahu..

entry yani kali ni bukan nak tunjuk yani baik ke apa yani ni lagilah  hancus.. dengan panas baran nya, sensitif nya, tak sabar nya dan lain-lain lah. dah ramai kawan yang terasa dengan yani.. yani sedar tu semua salah yani.

sahabat, jujur dari hati. yani mintak maaf andai yani tak pernah jadi sahabat yang baik, sahabat yang caring, sahabat yang menyayangi sahabatnya dan sering lupa akan kamu, wahai sahabat. yani lupa, kamu sering di sisi yani memberikan semangat, nasihat dan pendapat. kamu hanya ingin yang terbaik untuk yani, tapi kadang kala semua itu ditolak mentah-mentah oleh yani. malah yani ejek kamu. maaf, seribu kali maaf. maaf juga andai selama kita bersahabat ungkapan maaf ini jarang diungkap untuk mu. sungguh ego yani telah butakan mata yani dan menjadikan yani seorang sahabat yang pentingkan diri sendiri. sahabat yang bodoh. maaf seribu kali maaf. andai air mata yang mengalir ketika warkah ini ditaip bisa menjadi bukti keikhalasn aku, aku sanggup memberikannya kepada mu. andai langit malam ini bisa menjadi saksi kesedihan aku malam ini, pandanglah ia wahai sahabat. sejuta maaf aku hulurkan. aku hanya insan biasa.. 

yani rindu sahabat yani..