Powered By Blogger

Tuesday, 31 December 2013

it's hard to say GOODBYE

Assalamualaikum.

esok yani bertolak ke kangar. macam yang yani bagitau dalam entry sebelum ni, yani dapat offer dari SPA. yani daftar 02.01.2014. tapi esok bertolak awal-awal takut tak sempat esoknya tu sebab yani kena daftar 8.00 AM. oh, ye! dah tahun baru dah. may Allah gives us the greatest moment in 2013 and extremely great memory coming on 2014.

ok, back to topic. semua orang tak suka berpisah. lagi-lagi berpisah dengan family. walau macam mana annoying pun mereka, sayang tu tetap ada. walau macam mana sakit hati nya dengan mereka, kasih tu tetap ada. kalau boleh nak melekat je sampai hujung nyawa. tapi resam dunia, yang hidup kan mati. yang hilang kan berganti. yang bertemu kan berpisah. walalupun sekejap tapi tetap berpisah kan? orang cakap, takpe.. mesti dah bebal sebab sebelum ni pun dah berpisah. dah pegi matriks, dah pegi UITM. hurmm, macam mana nak cakap ek? memang betul dah selalu berpisah tapi yelah, macam yani cakap tadi lah. takde orang suka berpisah.

pada yani laa.. yani ni jenis yang senang stress bila exam. bila duduk rumah, dah stress study dalam bilik boleh keluar kejap ngadap muka mak, ayah. gaduh-gaduh manja dengan adik. BEST! tu je boleh cakap. kalo tak paham jugak tak tau la tu. lagi kalo duduk rumah ni makan free. duk luar tu bajet kena jaga. bila dah tak cukup kena minta dekat ayah. berat hati tu memang power. pernah masa dekat matriks dulu yani makan maggi je untuk seminggu lebih sebab tak nak minta duit dengan ayah. kesian dekat ayah, abang-abang lagi nak pakai duit, adik-adik lagi, barang  dapur lagi. dan yani percaya bukan yani sorang je pernah rasa macam ni kan? ada yang lagi teruk. kira bersyukur la lepas ni pergi nurse ni dapat elaun. kena belajar berjimat laa. :)

btw, HAPPY NEW YEAR!
may Allah bless us more.

Friday, 27 December 2013

TERLALU BANYAK CERITA

ASSALAMUALAIKUM..

terlalu banyak cerita nak dicerita sampai tak tercerita.. 

PERTAMA:-
lepas ber-minggu-minggu merempat kat rumah tebalkan lemak tepu dalam badan, akhirmya yani dapat tawaran sambung pelajaran ke UITM. under foundation law. di merbok. ALHAMDULILLAH. pengalaman selama di sana? ALHAMDULILLAH boleh adapt sepenuhnya dengan cepat. ALHAMDULILLAH dapat kawan yang baik. ALHAMDULILLAH Allah kabulkan doa yani. memang yani minta dan doa hari-hari nak course ni. sebab antara salah satu impian yani ialah, yani nak jadi lawyer yang pakar dalam bidang syariah khususnya dan juga professional dalam civil law. kenapa? sebab yani nak bela nasib WANITA. kenapa? sebab yani wanita. ada satu masa tu, berleluasa kes rogol dan bunuh, ada satu masa, banyak kes isteri kena dera. ada yang dah 30tahun kawen tiba-tiba bercerai. macam mana pulak dengan kes wanita yang jadi keldai dadah? yang diculik dan dijadikan hamba? itu baru wanita, belum sebut lagi pasal kanak-kanak. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. dunia~~

dan ALHAMDULILLAH, Allah bagi yani sahabat yang mana yani boleh selalu tarbiah. bukan nak tunjuk pandai, bukan nak tunjuk alim, yani sendiri pun masih terkontang kanting mencari laluan yang betul-betul lurus. tapi, tarbiah, apa yang yani dapat definisikan 'tarbiah' dari kefahaman yani ialah, mengingat dan diingat. kite tegur orang, pada masa yang sama kita menegur diri sendiri. kita nasihat orang lain, pada masa yang sama, kita nasihat diri sendiri. banyak lagi pengalaman yang seronok, yang boleh dikongsikan, InsyaAllah nanti diceritakan.


KEDUA:-
Alhamdulillah sekali lagi syukur, yani ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan under SPA. apa itu SPA? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. tersepit antara minat dan keluarga. jawapannya; solat sunat istikharah. jujur yani cakap bahawa itulah kali pertama yani buat solat sunat istikharah. keputusannya, yani pilih nursing. InsyaAllah, keputusan intikharah adalah yang terbaik. ramai kawan-kawan UITM yang tanya kenapa pilih SPA sedangkan minat yani adalah law? dan jawapan yani sama. InsyaAllah, keputusan istikharah itu adalah yang terbaik. sebab Allah adalah sebaik-baik perancang.

tapi masih ada yang merunsingkan yani. seperti yang sedia maklum, nurse; uniformnya kemas. tudung dimasukkan ke dalam baju. sedangkan Allah kata;

"labuhkan tudungmu sehingga melepasi dadamu'

yani ada bertanya kepada beberapa orang yang lebih mengtahui. tapi jawapan belum diterima. mungkin nanti.


setakat ini dahulu untuk entry kali ini. :)